Trivia Anugerah Juara Lagu ke-22

  • Ketiga-tiga penyanyi bagi kategori Etnik Kreatif pernah memasuki peringkat akhir AJL lebih daripada sekali.
  • 5 daripada 15 penyanyi merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu yang dahulu iaitu Siti Nurhaliza (1996, 1998, 2000), Aishah (1990, 1995), Ramlah Ram (1988), Misha Omar (2003) dan Jaclyn Victor (2005).
  • Ketika Bob menyampaikan lagu "Kasih Tercipta", terdapat skrin TV di pentas yang menyiarkan lirik lagu itu sebagai panduan untuk Bob.
  • Penyanyi lelaki berjaya memecah tradisi kemenangan yang selama ini didominasi oleh penyanyi wanita dalam kategori Balada sejak AJL 1993.
  • Nora akhirnya memenangi anugerah di AJL setelah bertanding sebanyak 5 kali.
  • AJL 2007 menyaksikan buat pertama kalinya pasangan duet (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad) memenangi Anugerah Vokal Terbaik dan 10 Tahun kemudian AJL32.pasangan duet Syamel & Ernie Zakri yang menyampaikan lagu " Aku Cinta" berjaya mengungguli Kategori ini.
  • Siti Nurhaliza juga mencipta sejarah beliau yang tersendiri apabila gagal memenangi sebarang anugerah buat pertama kalinya berbeza dengan penyertaan beliau dalam AJL yang pernah disertainya sebelum ini, beliau pasti pulang dengan membawa sekurang-kurangnya satu anugerah.
  • Siti Nurhaliza yang baru saja pulang dari mengerjakan haji di Tanah Suci beberapa hari sebelum menyertai Anugerah Juara Lagu kali ini.
  • Misha Omar buat julung kalinya membuat penampilan bersama Andy Flop Poppy dalam kategori Pop Rock selepas beberapa tahun mewarnai kategori Balada yang sememangnya begitu sinonim dengan suara gemersik beliau.
  • Kemunculan 3 band terkenal seperti Sofazr, Estranged, Jinbara telah sedikit sebanyak mewarnai kategori Pop Rock dengan pelbagai aliran rock yang dibawa. Ketiga-tiga band tersebut pertama kali melangkah ke AJL ternyata dilihat mampu memberi saingan kepada penyanyi solo dan duet.
  • Raja SMS, Mawi berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik buat kali kedua menerusi lagu Angan Dan Sedar hasil ciptaan komposer dan penulis lirik yang sama dengan lagu Aduh Saliha yang memenangi kategori tersebut pada tahun 2005.
  • Boleh dikatakan AJL paling meriah setakat ini kerana menampilkan penyertaan pelbagai aliran daripada penyanyi baru dan lama.